11 Februari 2021 – Program taklimat e-RPH dan Headcount untuk muallim-muallimah di Sekolah Rendah Al-Itqan.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Muallim MD Azlan Bin Mat Sabu (Penolong Kanan Akademik Sek. Men AL-ITQAN) telahh berlangsung selama 2 jam melalui medium google meet. Taklimat ini telah menarik minat muallim/ah dengan mengajukan pelbagai soalan dan ianya telah dirungkai dengan baik oleh Muallim Azlan.
Semoga program yang dijalankan menambahkan lagi kefahaman dan kesungguhan guru-guru dalam menyediakan Rancangan Pembelajaran Harian (RPH) yang baik dan juga menyiapkan headcount untuk Penilaian Berterusan Prestasi Pelajar sehingga nantinya dapat membantu guru mengenalpasti potensi akademik setiap pelajar.



Recent Comments